Yang Diselindung Samudera PDF Á Yang Diselindung


Yang Diselindung Samudera ❰Read❯ ➭ Yang Diselindung Samudera Author Nor Azida Ishak – Thomashillier.co.uk Dia hanya melihat tulisan kuno itu sekilas Kalau hendak dihitung rasanya tidak mencecah lima saat pun pemerhatiannya Namun Ken Teo tidak boleh langsung melupakan tulisan itu Memorinya terpahat kukuh s Dia hanya melihat tulisan kuno itu sekilas Kalau hendak dihitung rasanya tidak mencecah lima saat pun pemerhatiannya Namun Ken Teo tidak boleh langsung melupakan tulisan itu Memorinya terpahat kukuh seperti ia Yang Diselindung PDF/EPUB or sudah azali sebati dengan dirinya.


5 thoughts on “Yang Diselindung Samudera

  1. Anis Suhaila Anis Suhaila says:

    Great as an informative book but not as good as a novel Menggunakan teknik info dump ala ala Dan Brown tapi disebabkan bilangan mukasurat yang lebih sikit pembaca tidak diberi ruang untuk bernafas daripada menghadam fakta fakta


  2. Aina Dayana Aina Dayana says:

    Saya semakin menggemari penulisan Pn Nor Azida Ini buku kedua beliau yang saya baca Kali ini bacaan saya agak lambat Banyak kali terhenti dek mengurus si kecil AhlaTapi seronok Jika Lili Putih Srebrenica dengan kisah Sains Forensik buku ini berkisar kegiatan menterjemah manuskrip lama dan bidang arkeologiTidak mudah rupanya mempertahankan khazanah manuskrip lama negara Ada sahaja pihak jahat yang mahu mengganggu gugat proses tersebutMisi pencarian peradaban Atlantis yang dianggarkan berada di perairan nusantara Salah satu lokasinya ialah di dalam Laut China Selatan dan di IndonesiaBuku 8 2020


  3. Hilmi Loma Hilmi Loma says:

    Ketika memegang naskah berat ini saya sedikit gugup Sempat juga bermonolog adakah saya mampu menghabiskan segalanya dengan tenang dan tanpa berkerut seribu? YA SAYA BERJAYA sambil lepaskan satu tumbukkan padu ke udaraSebuah karya Sayembara nukilan tiga perlipur lara Nor Azida Ishak Ted Mahsun Fadli Al Akiti diadun pekat dengan rencah info serta details rasa yang mampat untuk sebuah karya yang berlari dalam kategori SaiFai Sejarah Bayangkan anda sedang melihat dan menikmati saluran History Channel yang disunting dengan sedikit fiksyenBabak penerangan tentang segalanya yang berkait dengan relic purba dan info yang terlalu mendalam dan padu membuatkan fikiran saya jauh menerawang terkenangkan karya karya Dan Brown yang suka mendera pembaca dengan info info cryptic mampat sedemikian rupa Sedikit menggusarkan buat saya kerana jujur terlalu padat dan tidak semua boleh dihadamkan oleh saya tetapi segala seksaan itu berbaloi dengan kepuasan di akhirnyaBabak di dalam laut SANGAT SEMPURNA Seolah saya sendiri sedang berenang dan mengembara bersama sama hero cerita ini dikala dia menemui bongkah peninggalan rahsia dari kerajaan zaman silam Tidak boleh tidak saya sebagai peminat mistik terbayangkan Ken dan Uzair terserempak dengan Ratu Samudera Nyi Roro Kidul sewaktu sedang menyelam jauh ke dasar Mungkin kak Azida abang Ted abang Fadli boleh fikirkan untuk kolaborasi seterusnya dari segi SaiFai kan? winkCampurkan Tv Series Relic Hunter mengingatkan saya kepada watak utama perempuan di dalam naskah ini dan segalanya berkaitan pemburuan sejarah zaman silam seperti Indiana Jones National Treasure Atlantis The Lost Empire sebuah animasi Disney anda akan dapat memahami Yang Diselindung Samudera dengan lebih mendalamMembaca prasasti Talang Tuwo membuatkan saya hanyut dan asyik dengan keindahan bahasa klasik yang diguna pakai Membuatkan saya berfikir evolusi bahasa yang kita sedang pakai sekarang untuk urusan harian atau sekadar bergurau dan berbual Bahasa yang dulunya bertulang dengan segalanya dewa dan berakar dengan segalanya rasa bahagia sesama manusia Sesuatu yang sangat menarikSatu ralat yang saya rasa paling terbesar adalah meletakkan karya hebat ini sebagai Sagu Hati dan bukannya tempat ke 3 Mungkin payah bagi sesetengah pihak atau juri kononnya untuk memahamkan sesuatu yang pelik dan agak absurd tetapi bila naskah yang bukan kosong penuh dengan sesuatu yang jarang diperkatakan disulami dengan sedikit noktah mistik ini diletakkan di para bawah sampai bila perlipur lara yang berdarah Malaysia hendak berada pada takat 'itu' sahaja dan bermain dengan selamat?Saya tidak puas membaca Yang Diselindung Samudera kerana saya mahukan lagi dan lagi Dunia dasar laut yang begitu misteri gua tersorok yang menyimpan rahsia tersendiri seorang yang mencari kebenaran seorang yang mengumpul keazaman demi negara seorang yang bertindak haloba demi harta segalanya disatukan dengan sebuah penceritaan kompleks yang padu menumbuk akal untuk bekerja dengan lebih cepat menangkap fakta purba Cabar kefahaman minda anda dengan naskah ini kerana usai helaian terakhir hanya satu yang akanbakal terucap SubhagiaTerima kasih abang Ted akak Azida abang Fadli terima kasih Muah Ciked


  4. Arif Zulkifli Arif Zulkifli says:

    Lebih kepada 35Aku rasa nak tepuk tabgan je lepas menghabiskan buku ni Aku pun tak tahu kenapa Mungkin terlalu excited kot haha Another local scifi book yang semua orang patut baca Sarat dengan falsafah sejarah dan bab arkeologi yang sangat mengagumkan Kau akan rasa sangat berbangga menjadi seorang Melayu jika kau seorang Melayu selepas membaca buku ini Banyak kehebatan kehebatan orang Melayu yang dibincangkan dalam novel ini Buku ini tidaklah laju pacenya suku akhir buku baru ada scene scene yang mengujakan berlaku Tapi aku still puas baca buku ini kerana banyak info info baharu yang aku boleh dapat Semua orang patut baca buku ni


  5. Hafizul Osman Hafizul Osman says:

    Isu yang dibawakan menarik berkenaan penemuan Atlantis di wilayah Nusantara sekaligus mampu menyangkalkan pandangan pemikir Barat mengenai kedudukan asal Atlantis sebuah tamadun dunia yang hilangNamun saya beranggapan novel Leksikon Ledang yang menggabungkan Azida Ishak dan Fadli al Akiti lebih kuat elemen sains fiksyennya berbanding Yang Diselindung Samudera Tambah lagi penutupnya agak 'terkejut' dan seperti dibrek secara tiba tiba berbanding novel sebelum ini yang pengakhirannya dilepaskan sedikit demi sedikit


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *